PPV Hotline
  • Manjung City FC

    📆 KALENDER NOVEMBER: DUA AKSI DI MANJUNG BERLANGSUNG SEBELAH PETANG

    Sebanyak tiga perlawanan Liga A1 Semi-Pro 2026/27 bakal berlangsung pada bulan November; Kedah FA (13/11), Bunga Raya FC (20/11) dan AAK Unisel FC (29/11).

    Perubahan waktu perlawanan melibatkan aksi di Stadium Majlis Perbandaran Manjung (MPM) iaitu ketika bertemu Kedah FA dan AAK Unisel FC yang bakal berlangsung pada sebelah petang.

    Oleh itu, komuniti #TheOceanRage boleh mula merancang hari anda terutama pada minggu perlawanan dan sama-sama kita penuhkan laman keramat kita dengan deruan samudera.

    💙🤍 ‎

    #ManjungCityFC | #TheOceanRage ‎

  • Manjung City FC

    📸 LIGA A1 SEMI-PRO 2026/27: PERAK FA 4-0 MANJUNG CITY FC

    Berikut merupakan beberapa aksi menarik yang dapat dirakamkan menerusi lensa kamera kami dalam perlawanan yang berlangsung di Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor pada Sabtu lalu.

    Kami di Manjung City FC juga ingin memberikan setinggi-tinggi penghargaan buat para pemain ke-12; peminat dan komuniti #TheOceanRage yang hadir pada aksi kelapan Liga A1 Semi-Pro 2026/27.

    💙🤍 ‎

    #ManjungCityFC | #TheOceanRage ‎

  • Manjung City FC

    MASA PENUH: EMPAT GOL TAMBAH DUKA MANJUNG CITY DI IPOH

    Perak FA 4⃣ - 0⃣ Manjung City FC

    ⚽ 🟨⬛ Daniel Hakimi

    ⚽ 🟨⬛ Fadhil Azmi

    ⚽ 🟨⬛ Daniel Hakimi

    ⚽ 🟨⬛ Afifin Arfa

    Skuad #TheOceanRage bimbingan Joseph Jacob tewas kepada Perak FA di gelanggang lawan sebanyak empat gol tanpa balas dalam aksi pertama Derbi Darul Ridzuan musim ini.

    Buat para penyokong yang hadir petang tadi, Manjung City FC mengucapkan terima kasih atas sokongan dan diharapkan berterusan sehingga ke penghujung musim nanti.

    💙🤍 ‎ ‎

    #ManjungCityFC | #TheOceanRage

  • Manjung City FC

    🕙 TUAN RUMAH MENDAHULUI DI CHEPOR

    Aksi separuh masa Derbi Darul Ridzuan berakhir dengan jaringan Daniel Hakimi meletakkan Perak FA di hadapan. Namun, masih ada baki 45 minit untuk #TheOceanRage bangkit.

    💙🤍 ‎ ‎

    #ManjungCityFC | #TheOceanRage

  • Manjung City FC

    👥 KESEBELASAN UTAMA MANJUNG CITY FC - PERAK FA

    Berikut merupakan kesebelasan utama pemain yang bakal membawa semangat Manjung dalam misi mencari tiga mata penuh bagi saingan Liga A1 Semi-Pro 2026/27 di Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor.

    💙🤍 ‎ ‎

    #ManjungCityFC | #TheOceanRage

  • Manjung City FC

    HARI PERLAWANAN! 🌊🦅

    Warga Manjung sekitar Ipoh, ayuh sama-sama kita turun memberi sokongan kepada skuad #TheOceanRage dalam aksi kelapan Liga A1 Semi-Pro 2026/27.

    Bersama kita birukan Chepor dengan deruan samudera kita. Jumpa petang ini, semua!

    🆚 Perak FA

    📅 31 Oktober 2026 (Sabtu)

    🕗 4:45 Petang

    🏟 Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor

    🎥 Langsung di PerakFA.com

    🎟 RM10.00 [Dewasa], RM5.00 [Kanak-Kanak] (Tiket dalam talian sahaja)

    🌐 Link: https://linktr.ee/manjungcity

    💙🤍 ‎ ‎

    #ManjungCityFC | #TheOceanRage

  • Manjung City FC

    TINGGAL SATU HARI LAGI 🔥🌊🦅

    Liga A1 Semi-Pro 2026/27 diteruskan lagi dengan menyaksikan Manjung City FC bakal bertandang ke Chepor bagi aksi kelapan liga menentang Perak FA.

    Derbi Darul Ridzuan kali ini penting bagi memastikan rekod musim ini lebih positif buat skuad #TheOceanRage selepas gagal catat kemenangan dalam dua aksi musim lalu.

    Warga Manjung sekitar Ipoh, jangan lupa hadir memberikan sokongan buat pasukan; birukan Chepor ibarat deruan samudera!

    🆚 Perak FA

    📅 31 Oktober 2026 (Sabtu)

    🕗 4:45 Petang

    🏟 Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor

    🎥 Langsung di laman web Perak FA

    🎟 RM10.00 [Dewasa], RM5.00 [Kanak-Kanak] (Tiket dalam talian sahaja)

    🌐 https://linktr.ee/manjungcity

    💙🤍 ‎ ‎

    #ManjungCityFC | #TheOceanRage

  • Manjung City FC

    🎥 SESI LATIHAN BERPASUKAN: MISI TAWAN CHEPOR

    Skuad #TheOceanRage kini sedang melakukan persiapan terakhir sebelum berangkat ke Chepor bagi menghadapi Perak FA, Sabtu ini dalam aksi kelapan Liga A1 Semi-Pro 2026/27.

    Kemenangab ditagih para penyokong menjadi penyuntik semangat buat para pemain menjelang aksi pertama Derbi Darul Ridzuan musim ini. Sesi latihan berpasukan ini dikuasakan oleh EFS HQ.

    💙🤍 ‎ ‎

    #ManjungCityFC | #TheOceanRage

  • Manjung City FC

    #ImbasKembali | PERAK FA 4⃣ - 1⃣ MANJUNG CITY FC [12/10/2025]

    Derbi Darul Ridzuan kini kembali dengan satu misi. Skuad kendalian Jacob Joseph pasti mahu memastikan tiga mata penuh di Chepor, Sabtu ini sekaligus mencatatkan kemenangan sulung derbi berprestij ini.

    Sebelum itu, mari kita imbas semula aksi sulung derbi ini yang berkesudahan dengan kekalahan buat pasukan #TheOceanRage di gelanggang lawan.

    Persoalannya, mampukah kelab bandar seperti Manjung City menumpaskan kelab penuh sejarah seperti Perak ibarat David dan Goliath kali ini?

    Segalanya akan terjawab Sabtu ini; ayuh orang Manjung, kita birukan Chepor!

    🎥 : Perak FA

    💙🤍

    #ManjungCityFC | #TheOceanRage

  • Manjung City FC

    APABILA DUA KELAB DARI NEGERI YANG SAMA BERTEMU

    Semusim telah berlalu. Kini, skuad #TheOceanRage kembali bertandang ke Chepor untuk berhadapan seteru senegeri, Perak FA dalam aksi kelapan Liga A1 Semi-Pro 2026/27.

    Derbi Darul Ridzuan kini memasuki lembaran baharu. Musim lalu berakhir dengan satu kemenangan buat Sang Seladang tetapi tidak semudah itu kali ini.

    Segalanya akan ditentukan Sabtu ini.

    🆚 Perak FA

    📅 31 Oktober 2026 (Sabtu)

    🕗 4:45 Petang

    🏟 Kompleks Bola Sepak Perak, Chepor

    🎥 Langsung di PerakFA.com

    🎟 RM10.00 [Dewasa], RM5.00 [Kanak-Kanak]

    (Tiket perlawanan hanya boleh didapati dalam talian di TicketHotline)

    💙🤍 ‎ ‎

    #ManjungCityFC | #TheOceanRage

  • Manjung City FC

    📸 LIGA A1 SEMI-PRO 2026/27: JOHOR DARUL TA'ZIM II 1-0 MANJUNG CITY FC

    Berikut merupakan beberapa aksi menarik yang dapat dirakamkan menerusi lensa kamera kami dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato' Haji Hassan Yunos, Larkin pada Ahad lalu.

    Kami di Manjung City FC juga ingin memberikan setinggi-tinggi penghargaan buat para pemain ke-12; peminat dan komuniti #TheOceanRage yang hadir pada aksi ketujuh Liga A1 Semi-Pro 2026/27.

    💙🤍 ‎

    #ManjungCityFC | #TheOceanRage ‎

  • Manjung City FC

    MASA PENUH: JARINGAN TUNGGAL CELSO BUAT MANJUNG CITY DUKA

    Johor Darul Ta'zim II 1⃣ - 0⃣ Manjung City FC

    ⚽ 🟦🟥 Bermejo Celso

    Skuad #TheOceanRage bimbingan Joseph Jacob terpaksa akur tewas kepada juara bertahan di gelanggang lawan biarpun berjaya menahan asakan Harimau Selatan selama 73 minit.

    Buat para penyokong yang hadir malam tadi, Manjung City FC mengucapkan terima kasih atas sokongan dan diharapkan berterusan sehingga ke penghujung musim nanti.

    💙🤍 ‎ ‎

    #ManjungCityFC | #TheOceanRage